Tindakan pantas pekerja selamat kilang kayu musnah terbakar

BINTULU: Sebuah kilang kayu di sini terlibat dengan kebakaran kecil apabila kotak fius di premis tersebut tiba-tiba hangus, tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, insiden yang berlaku kira-kira jam 12.43 tengah malam itu melibatkan kilang kayu milik Ting Brother.

“Api berjaya dipadam oleh pekerja kilang menggunakan lima alat pemadam api,” katanya, hari ini sambil memberitahu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jelasnya, sebaik menerima laporan, pasukan BBP Bintulu diketahui PBK II Herman Main bergegas ke lokasi membuat pemantauan dan melakukan pemadaman di kawasan sekitar bagi memastikan api telah padam sepenuhnya.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak