Wanita tempatan ejen judi dalam talian ditahan

BAU: Seorang wanita tempatan disyaki ejen judi dalam talian ditahan polis di sebuah stor kafe J&L Boneless Chicken Rice Siang-Siang, di sini, hari ini.

Suspek, 24, gagal meloloskan diri setelah dikepung hasil serbuan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bau kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Mengesahkan kejadian Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata serbuan turut menemui beberapa barangan kes untuk suspek menjalanlan aktiviti terbabit di lokasi kejadian.

“Butir-butir rampasan termasuk satu telefon pintar jenis Realme XT dan wang tunai berjumlah RM100.

“Suspek bersama barangan kes kini ditahan untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak