Warga Sarawak diminta terus berwaspada

KUCHING: Rakyat Sarawak dinasihati terus berwaspada walaupun negeri ini mula beralih kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 mulai 14 Julai.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ia susulan jangkitan Delta Covid-19 dikesan di negeri ini. Menurut beliau, meskipun Sarawak berjaya beralih kepada fasa kedua, dengan kerjasama daripada semua pihak, namun ia tidak seharusnya diambil mudah. ”

Pembukaan sektor ekonomi pada fasa ini dibuka secara perlahan-lahan ini menyelamatkan mata pencarian rakyat yang terjejas. “Bagaimanapun, kita masih tidak membenarkan aktiviti sosial dan perhimpunan beramai-ramai kerana varian sudah berada di Sarawak. Kita perlu terus berwaspada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sambutan Hari Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Selasa. Kui Hian menambah, rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk apabila premis kedai makanan dibenarkan beroperasi.

“Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan yang dijangkiti Covid-19 dalam kalangan orang muda dan kanak-kanak. “Ini menunjukkan corak jangkitan Covid-19 ini berubah dan apabila semakin teruk, keadaan kesihatan mereka juga akan semakin merosot,” jelasnya.

Kui Hian meminta rakyat Sarawak yang ingin kembali ke negeri ini untuk terus bersabar walaupun perlu dikuarantin dua minggu di Kuala Lumpur seterusnya dua minggu di negeri ini namun semuanya untuk kebaikan rakyat.

Suara Sarawak