18 daerah di Sarawak kini zon merah

KUCHING: Daerah Selangau kembali ke status merah daripada jingga hari ini selepas merekodkan sebanyak 44 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan keseluruhan 18 daerah berstatus merah di Sarawak, setakat ini.

“Kapit pula bertukar status daripada kuning kepada jingga selepas 22 kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Manakala Sarikei dan Pakan kembali ke status kuning daripada jingga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBN, ini menjadikan Sarawak mempunyai sebanyak tujuh daerah dengan status jingga,10 daerah kuning dan lima daerah zon hijau iaitu Bukit Mabong, Lubok Antu, Matu, Marudi dan Limbang.

Suara Sarawak