672 pelajar baharu program Asasi Unimas

KOTA SAMARAHAN: Seramai 672 pelajar baharu mengangkat ikrar sebagai pelajar Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU) sesi 2021/2022 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), hari ini.

Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, daripada jumlah tersebut seramai 262 merupakan pelajar sains fizikal, 381 pelajar sains hayat dan 29 pelajar Program Asasi Sains Antarabangsa (IFS).

“Para pelajar PPPU ini akan mengikuti pengajian selama dua semester atau setahun dan hari ini, sesi pengajian mereka adalah secara atas talian sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas di Galeri DeTar Putra, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar menjelang semester kedua nanti para pelajar tersebut dapat menjalani pengajian secara fizikal dan datang ke kampus.

Rakaman sekitar Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-Universiti, Unimas di Galeri DeTar Putra, di sini, hari ini. 

Suara Sarawak