Abang Johari serahkan kepada Agong tentukan Perdana Menteri seterusnya

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah untuk pelantikan perdana Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri berkata demikian dengan ringkas selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Pejabat Koporat LAKU Kawasan Miri di Miri hari ini.

Politik negara dilanda kemelut ekoran peletakan jawatan Muhdyddin sebagai perdana Menteri kelapan dua hari lalu selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang tidak mendapat sokongan parti politik.

GPS merupakan gabungan empat parti tempatan Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, PBB mempunyai 13 kerusi, PRS dan PDP masing-masing dua kerusi dan SUPP satu kerusi.
Terdahulu, GPS menghadap Yang Di-Pertuan Agong secara maya pada jam 1.40 petang pada Selasa

Suara Sarawak