Ahli Parlimen daripada GPS perlu galas tanggungjawab sebaiknya, perkasakan semangat MA63

KUCHING: Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berharap agar amanah yang diberikan kepada Ahli Parlimen dari Sarawak dalam Kabinet baharu dapat digalas dengan baik.

Menurutnya, mereka juga dapat menggunakan peluang tersebut untuk memperkasakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menjelas lanjut kata Rubiah beliau mengucapkan tahniah kepada semua semua Ahli Parlimen yang telah dilantik untuk bersama-sama dalam Kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob khususnya kepada Ahli Parlimen dari Sarawak.

Untuk rekod, kenyataan beliau tersebut juga dikeluarkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak