Buaya sesat dalam kolam

SIMANGGANG: Buaya sepanjang dua meter yang tersesat di dalam kolam dekat kebun penduduk di Taman Salam berhampiran Jalan Siau Hui berjaya ditangkap oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman, Ramlan Marajan yang turut berada di lokasi menyatakan, pihaknya menerima laporan mengenai kehadiran buaya itu kira-kira jam 8.10 pagi.

“Sebaik tiba, tindakan pertama kita mengepam air kolam sehingga kelibat buaya tersebut kelihatan dan tanpa berlengah, operasi menangkap serta mengikat terus dilakukan,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, buaya tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Bahagian Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

KHIDMAT KHAS… Pasukan BBP Sri Aman ketika mengikat buaya sepanjang dua meter yang terperangkap di kolam dekat kebun penduduk di Taman Salam berhampiram Jalan Siau Hui, hari ini.
 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak