Covid-19: 2,048 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 di Indonesia

JAKARTA: Indonesia kembali mencatatkan jumlah kematian harian akibat COVID-19 melepasi angka 2,000 orang.

Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) hari ini, seramai 2,048 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 110,619 orang.

Sejak 28 Julai, kes kematian di Indonesia melepasi angka seribu setiap hari tetapi tidak melepasi angka 2,000 kematian.

Jumlah kematian tertinggi direkodkan sebanyak 2,069 orang pada 27 Julai lalu.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 32,081 kes positif baharu dicatatkan menjadikan kes keseluruhan kini berjumlah 3,718,821 orang, dengan 437,055 pesakit aktif (sedang dirawat). – BERNAMA

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak