Covid-19: 581 kes baharu di Sarawak

KUCHING: Sebanyak 581 kes jangkitan Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, dengan Kuching mencatatkan kes tertinggi sebanyak 263 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ia diikuti Serian (84 kes), Sri Aman (42 kes), Samarahan (33 kes), Bau (30 kes), Bintulu (22 kes), Sibu (21 kes), Selangau (16 kes), Tatau (14 kes), Miri dan Lundu masing-masing 12 kes.

“Sementara, Meradong dan Asajaya mencatatkan enam kes, Kapit (empat kes), Pusa (tiga kes), Lubok Antu, Subis, Tebedu dan Beluru (dua kes), Sarikei, Simunjan, Saratok, Kanowit dan Telang Usan masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya dalam kenyataan.

Suara Sarawak