Covid-19: Sarawak catat 589 kes baharu, tiga kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 589 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif berjumlah 81,917.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Daerah Kuching masih merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi dengan 348 kes, diikuti Mukah (70), Saratok (32), Samarahan (24), Kabong (20) dan Bau (19).

“Turut merekodkan kes positif adalah Serian sebanyak 15 kes, Sibu (11), Tatau (11), Bintulu (10), Miri (8), Sri Aman (5), Selangau (3), Kapit (2) dan Subis (2).

“Manakala Betong, Lundu, Sarikei, Tebedu, Lawas, Song, Julau Beluru dan Simunjan masing-masing mencatatkan satu kes baharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

JPBN turut mendedahkan sebanyak tiga kes kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 471 orang.

Suara Sarawak