Covid-19: Sarawak catat 835 kes baharu, dua kematian libatkan warga emas

KUCHING: Sejumlah 835 kes positif Covid-19 baharu direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 89,407 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Daerah Kuching terus merekodkan kes positif harian tertinggi dengan 464 kes, diikuti Samarahan (142), Serian (40), Pusa (33), Bau (22), Simunjan (17) dan 15 kes masing-masing di Bintulu, Lundu serta Dalat.

“Turut merekodkan kes ialah Sibu (10), Sri Aman (10), Tebedu (8), Mukah (7), Song (7), Miri (6), Tatau (5), Lawas (3), dua kes masing-masing di Kapit, Asajaya, Kabong, Subis dan Selangau.

“Manakala masing-masing satu kes di Sarikei, Lubok Antu, Saratok, Belaga, Sebauh dan Bukit Mabong,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

JPBN menambah, dua kes kematian baharu direkodkan hari ini melibatkan seorang lelaki di Kanowit berusia 79 tahun dan seorang wanita di Serian berusia 77 tahun.

Suara Sarawak