Dua rumah panjang di Sri Aman kena PKPD

KUCHING: Dua rumah panjang di Sri Aman diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula hari ini hingga 14 Ogos depan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan Rh. Alias, Kampung Kandis dan Rh Peter Gimang, Kampung Rapak Penyau di Pantu Sri Aman.

Sementara, JPBN memberitahu tujuh lokaliti melibatkan empat daerah telah ditamatkan PKPD hari ini.

“Ia melibatkan Asrama Pekerja Multiocean, No. 60, Jalan Industri Sarikei; Rh. Brinau, Sg. Baron Sarikei; Rh. Maja, Sg. Baron Sarikei; Rh. Ningkan, Sg. Paoh Sarikei; Rh. Anthony, Sg. Merah Dayu Pakan; Rumah Setinggan, Sungai Plan (Belakang SOP) dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak