Empat ahli parlimen dari Sarawak dikekalkan sebagai menteri penuh manakala enam lagi sebagai timbalan menteri termasuk dua bebas.

KUCHING: Pelantikan barisan kabinet baharu di bawah Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan empat ahli parlimen dari Sarawak memegang portfolio sebagai menteri penuh manakala enam lagi sebagai timbalan menteri.

Ketua Whip GPS merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dikekalkan sebagai Menteri Kerja Raya bersama-sama Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi yang turut kekal sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.

Ahli Parlimen Batang Sadong juga dikekalkan sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Bagaimanapun, terdapat perubahan pada portfolio Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Portfolio beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini diganti oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang, Selangor Tan Sri Noh Omar.

Dalam pada itu, seramai empat lagi ahli parlimen dari GPS dilantik sebagai timbalan menteri yang turut melibat sedikit perubahan.

Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) membantu Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang kekal dengan jawatan sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II yang kini di bawah Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Ahli Parlimen Lawas pula, Datuk Henry Sum Agong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan membantu Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Limbang pula Datuk Hasbi Habibollah yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan kini dilantik sebagai Timbalan Menteri II Menteri Pembangunan Luar Bandar di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid

Sementara itu, dua lagi ahli parlimen bebas iaitu Ahli Parlimen Puncak Bornoe, Willie Mongin dilantik sebagai Timbalan Menteri II Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi di bawah Datuk Zuraidah Kamaruddin

Ahli Parlimen Saratok pula kekal dengan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli di bawah Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Suara Sarawak