Enam kluster baharu, kebanyakan kluster komuniti

KUCHING: Sebanyak enam kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan lima kluster komuniti dan satu melibatkan tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, lima kluster komuniti ialah kluster skim penempatan Stutong Baru, Kuching, kluster Taman Indah Landeh, Kuching, kluster Sungai Menok, Beluru, kluster Long Maktub, Sebauh dan kluster Jalan Sungai Maong, Kuching.

“Kluster tempat kerja pula ialah kluster Kampung Sungai Laruh, Kuching yang melibatkan beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Laruh, Jalan Seruling, Petra Jaya.

“Kesemuan kluster menyumbang sebanyak 74 kes positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, JPBN memutuskan Rumah Tukang Meringgai, Kampung Ensawang di Lubok Antu dikenakan printah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula dari 13 hingga 26 Ogos dan Kampung Sungai Batu di Samarahan bermula 14 hingga 27 Ogos.

JPBN juga melanjutkan tempoh PKPD di Rumah Alia, Kampung Kandis, Pantu di Sri Aman bermula 14 hingga 20 Ogos.

Suara Sarawak