Finas dan SMG bangunkan projek kreatif bernilai RM2.9 juta

KUCHING: Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana) Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG) hari ini, merapatkan hubungan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pelbagai kategori projek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua pihak bakal atau sedang melaksanakan sembilan projek yang melibatkan perbelanjaan RM2.9 juta.

“Finas dan SMG akan bekerjasama dalam pelbagai kategori projek seperti majalah, telemovie, drama bersiri dan hiburan. Ini merupakan satu permulaan dan akan lebih banyak projek-projek lain pada masa akan datang.

“Saya berharap melalui inisiatif ini dapat meningkatkan prestasi produksi dan membantu pemain industri kreatif khasnya di Sabah dan Sarawak semasa pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa MoU bagi Program Pelaksana Dana Kandungan Digital (DKD) antara Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG) secara dalam talian, hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah

Suara Sarawak