Hentikan pertelingkahan, perebutan kuasa – Fatimah

KUCHING: Kemelut politik akan memburukkan lagi keadaan negara, yang kini berdepan ancaman kemerosotan ekonomi akibat penularan Covid-19.

Justeru, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah menggesa semua pihak menghentikan pertelingkahan dan perebutan kuasa.

“Ini akan meletakkan Malaysia ke dalam jurang yang lebih jauh dan menjadikan pemulihan masa depan lebih sukar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menurut Fatimah, perkara terakhir yang Malaysia perlukan sekarang ialah kestabilan politik.

Katanya kestabilan politik sangat penting untuk memerangi wabak Covid-19 selain menumpukan kepada pemulihan ekonomi.

“Yang diperlukan sekarang ini ialah kestabilan politik supaya kerajaan dapat fokus kepada memerangi Covid-19, membantu rakyat terkesan oleh wabak serta membangun semula ekonomi rakyat dan negara,” katanya.

Suara Sarawak