KUCHING: Orang ramai ditegaskan agar tidak berkongsi maklumat atau menyebarkan berita yang tidak sahih berhubung Covid-19.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kerjasama daripada semua pihak amat penting agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai Covid-19 sama ada melalui media sosial, media cetak atau pesanan ringkas sosial yang lain.
“Segala perkembangan rasmi terkini atau maklumat berhubung Covid-19 akan dikeluarkan oleh JPBN.
“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Negeri JPBN di talian 082-443991,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.