JPBN dapatkan nasihat pakar perubatan sebelum laksana kemudahan individu lengkap vaksin

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hanya akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19 selepas mendapat nasihat pakar perubatan.

Justeru itu, menurut JPBN SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehingga SOP Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Sarawak diwartakan.

“Sarawak juga mengambil kira manfaat vaksin lengkap dan menyambut baik peranan kemudahan-kemudahan yang telah diumumkan terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan ini dibuat setelah mengambil maklum mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam, berkenaan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Suara Sarawak