Jumlah ahli parlimen dikekalkan dalam barisan kabinet Ismail tunjukkan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap GPS

KUCHING: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mengekalkan jumlah wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sama dalam Kabinet baharu  menunjukkan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan rakyat Sarawak dalam membantu negara ke arah pemulihan.

Kelab Penyokong GPS menerusi kenyataan berkata, mereka yakin bahawa barisan Kabinet baharu tersebut akan dapat menyampaikan sekali gus mengukuhkan hubungan antara Sarawak dan Putrajaya.

“Kami juga menyokong penuh kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Ismail Sabri dalam usaha mereka menangani wabak Covid-19 dan pemulihan ekonomi.

“Justeru, kami juga menyeru agar semua rakyat Malaysia dan parti politik lain dapat memberikan ruang yang diperlukan oleh Kabinet baharu untuk merangka dasar baharu dalam mengatasi cabaran Malaysia dan memastikan kestabilan negara demi kepentingan semua pihak,” katanya, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak