Kabinet baharu bantu pemulihan negara berjalan lancar

KUCHING: Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman menyatakan keyakinan terhadap barisan Kabinet baharu dalam memastikan usaha negara ke arah pemulihan berjalan lancar.

Menurutnya, beliau gembira apabila mengetahui jumlah Ahli Parlimen Gabungan (GPS) dikekalkan menyandang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Ini menunjukkan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan Sarawak untuk membantu pentadbiran negara dalam keadaan yang mencabar ini.

“Saya yakin barisan Kabinet yang terdiri daripada wajah baharu dan yang sudah cukup dikenali ini akan dapat membantu usaha negara menuju pemulihan berjalan lancar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, terdapat empat wakil GPS memegang jawatan sebagai Menteri penuh manakala empat lagi sebagai Timbalan Menteri.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak