Kejadian tembak-menembak, tiga anggota TUDM maut seorang cedera parah

KOTA SAMARAHAN: Tiga anggota lelaki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan ketika mereka bertugas di Balai Pengawal Handau Skuaron 330 TUDM, pagi tadi.

Insiden sekitar jam 7.50 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga anggota terbabit meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi petugas terbabit telah pun dihantar ke Institut Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan untuk tindakan rawatan kecemasan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan kejadian itu dan berkata setakat ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit.

Suara Sarawak