Kejayaan Bonnie, Yee Khie cetus semangat atlet para Sarawak

KUCHING: Kejayaan Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie di Paralimpik Tokyo 2021 menjadi pencetus semangat kepada atlet para Sarawak yang akan beraksi di Sukan Para Sukma Johor tahun depan.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata mereka kini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti latihan di lapangan.

“Diharap kejayaan Bonnie dan Yee Khie menjadi panduan kepada atlet-atlet lain dalam usaha mencipta nama di Para Sukma untuk kali ke-14,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Fatimah berharap agar pencapaian hebat kedua-dua atlet kelahiran Sarawak di persada dunia itu dapat membuka mata masyarakat tentang keupayaan khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Suara Sarawak