Kelonggaran rentas negeri manfaatkan keluarga

KUALA LUMPUR: Kelonggaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada ibu bapa mereka.

“Alhamdulillah, berkat doa semua kelonggaran bagi mereka yang sudah menerima dua dos vaksin telah pun diumumkan. Berkuat kuasa 10 Ogos ini, pasangan jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah.

“Begitu juga kepada ibu bapa yang ingin bertemu dengan anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah,” menurutnya dalam hantaran di Facebook.

Suara Sarawak