Lapor polis jika anda positif Covid-19 tetapi majikan paksa bekerja

KUCHING: Polis sedang menyiasat satu kenyataan yang tular di media sosial mendakwa seorang majikan di di sini memaksa pekerjanya yang disahkan positif Covid-19 turun bekerja.

Kenyataan tersebut diterbitkan dalam sebuah portal dengan tajuk ”Majikan di Kuching paksa pekerja positif turun kerja, lelaki ini rayu cadangan untuk buat aduan” pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata, setakat ini pihak belum menerima sebarang laporan daripada individu terlibat.

“Mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 dan dipaksa hadir bekerja oleh majikan atau pihak lain, dinasihatkan untuk tampil di mana-mana balai polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut.

“Boleh juga menghubungi talian Polis Sarawak 082-240800 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas Ashmon, perbuatan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih dari dua tahun sehingga lima tahun atau denda dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan penjara sampai enam bulan atau denda kedua-duanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak