Larangan makan dalam premis dilanjutkan hingga 5 September

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan Garis Panduan (SOP) Zon Selatan negeri ini sehingga 5 September depan.

JPBN dalam kenyataan berkata, keputusan itu diambil susulan kadar jangkitan kes Covid-19 di zon berkenaan yang merangkumi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu masih membimbangkan.

“Antara SOP yang masih dilaksanakan ialah tidak membenarkan makan dalam premis dan tempoh operasi perniagaan dari jam 5.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja.

“Selain itu, kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10.00 malam tanpa alasan yang munasabah.

“Manakala pergerakan rentas daerah dari Zon Selatan ke daerah lain perlu mendapatkan kelulusan PDRM (permit polis) dan keputusan saringan rt-PCR atau RTK Antigen adalah serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Jelasnya, saringan Covid-19 boleh dibuat di klinik kesihatan yang telah disenaraikan melalui temu janji bermula 30 Ogos ini.

Suara Sarawak