Lelaki didenda RM3,400 miliki dadah

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun dijatuhi denda RM3,400 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.30 gram, Mei lalu.

Hakim Hakim Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman kepada Micheal Jong, 34, dan mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Menurut fakta kes, hasil serbuan dan pemeriksaan pihak polis di tepi jalan berhadapan sebuah bangunan hotel terkemuka mendapati tertuduh mengenggam satu paket lut sinar yang dipercayai dadah jenis Methamphetamine pada 17 Mei lepas, sekitar jam 1.20 petang.

Semasa siasatan, Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Hasil laporan kimia mendapati barang kes adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 0.30 gram.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak