Lelaki ditemui mati di rumahnya, tiada sebarang unsur jenayah

KUCHING: Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemui di dalam sebuah kediaman berhampiran Stutong, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Mayat mendiang berusia 47 tahun itu ditemui oleh kakaknya sebelum membuat laporan penemuan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika dihubungi Suara Sarawak mengesahkan kejadian.

“Si mati berumur 47 tahun ditemui oleh kakaknya pada jam 8.30 pagi. Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematian mangsa,” katanya lanjut.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Suara Sarawak