Lelaki patah tangan, kereta bertembung pikap

SERIAN: Seorang lelaki patah tangan kanan selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pikap di Batu 36 Jalan Kampung Rayang sekitar jam 11.33 pagi tadi.

Insiden terbabit mengakibatkan mangsa, 37, tersepit di bahagian pemandu kenderaanya sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lima lagi penumpang di dalam kenderaan tersebut selamat dan berjaya keluar sendiri.

“Kesemua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dan empat kanak-kanak telah dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu katanya, pemandu pikap tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 12.07 tengah hari.

HANCUR… Keadaan kereta setelah kemalangan.

Suara Sarawak