Lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas ketika memancing

MIRI: Seorang lelaki warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing bersama seorang lagi rakan di Sungai RH Budin Borneo Agro Kuala Baram, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.51 pagi.

“Pasukan dari bahagian Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan, Wan Sakawi bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kali terakhir mangsa yang dikenali sebagai Marhen Singo, dilihat keluar memancing bersama seorang lagi rakan.

“Mangsa dikatakan terjatuh dari rakit yang digunakan semasa memancing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat berita ini ditulis, mangsa belum dijumpai.

Suara Sarawak