LIGA PREMIER 2021: SU FC mudah jinakkan Kelantan

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) tidak berdepan masalah memastikan tiga mata mutlak selepas mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kelantan FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi.

Sentuhan penyudah yang hebat diperaga penyerang import, Uche Agba penyumbang kemenangan bermakna buat skuad kendalian E.Elavarasan selepas menyumbat dua gol pada minit ke-5 dan 69.

Satu lagi gol tuan rumah dijaringkan ketua pasukan, Taylor Francis George Regan pada minit ke-11.

Manakala, gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke-32.

Anak-anak buah E.Elavarasan dijadual menentang Selangor FC 2 di gelanggang sama dalam perlawanan seterusnya pada 11 Ogos ini.

Suara Sarawak