Liga Premier 2021: SU FC terlepas dua mata penting

KUCHING: Hasrat Sarawak United FC untuk merampas kembali kedudukan teratas daripada pesaingnya, Negeri Sembilan FC tidak kesampaian.

Misi kearah itu tersekat selepas hanya mampu mencatat keputusan seri (1-1) menentang Selangor FC 2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Penyerang muda Abdul Rahim Abdul Razak muncul wira buat skuad kendalian jurulatih E.Elavarasan dari menerima aib selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan dijaringkan minit ke-87.

Dalam keadaan pasukan pelawat yang terdahulu memimpin perlawanan menerusi gol yang dijaringkan Saravanan Thirumurugan minit ke-49.

Keputusan tersebut menyaksikan SU FC kekal berada ditangga ketiga, mengumpul 28 mata setakat ini selepas mengharungi 14 perlawanan.

Manakala, Negeri Sembilan FC masih gah ditangga teratas dengan menggumpul 29 mata.

Sambil Terengganu FC ditangga kedua yang berkongsi 28 mata dengan SU FC berbeza jaringa .

SU FC untuk perlawanan seterusnya akan menentang Perak FC II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur,Cheras Ahad ini (15 Ogos).

Suara Sarawak