Liga Premier 2021: SU FC terus lebarkan penguasaan

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) tidak berdepan masalah memastikan perolehan tiga mata mutlak selepas kemenangan selesa (3-0) keatas PDRM FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam semalam.

Ia sekali gus, menjarakkan penguasaan mereka ditangga teratas dalam kempen Liga Premier 202.

Berkelebihan lima mata dengan Negeri Sembilan FC ditangga kedua ketika ini yang tewas mengejut (2-1) ditangan Kelantan FC pada perlawanan yang berlangsung sebelah petang semalam.

Himpunan tiga SU FC dijaringkan Sandro Da Silva Mendonca minit ke-18 dan 36. Sambil satu lagi gol dijaringkan Uche Aqba minit ke-82.

“Misi kita untuk beroleh tiga mata mutlak tercapai dan syabas kepada pemain kerana telah melaksana tugas dengan begitu hebat sekali,” kata Presiden SU FC, Datuk Posa Majais kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Posa, kemenangan diperolehi semalam terus melebarkan penguasaan SU FC ditangga teratas ketika ini.

“Apa yang diharapkan, pemain dapat mengekal momentum terbaik mereka selepas ini.

“Hanya dengan kemenangan diperolehi pada baki perlawanan akan datang dapat mengekalkan terus kedudukan SU FC dikedudukan tangga teratas sekali gus akan bersaing di pentas Liga Super 2022,” tambah beliau lagi.

SU FC untuk perlawanan seterusnya akan menentang sang adik, Kuching City FC (KC FC) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada 7 September nanti.

Suara Sarawak