Lima kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

KUCHING: Lima lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan daerah Sebauh, Bintulu dan Sri Aman.

Katanya, Rh. Gong Laing, Long Maktub, Tubau, Sebauh diletakkan di bawah PKPD bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

“Manakala bagi daerah Bintulu, Kuarters Pekerja Sung Lee Transportation, Kemena Industrial Estate, Kuarters Pekerja KTS Timber Processing Sdn Bhd dan Kuarters Institusi Pendidikan Kidurong dikenakan PKPD bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

“Bagi daerah Sri Aman, Rh. Sering, Kampung Bangkong, Pantu pula akan dikenakan PKPD bermula 11 hingga 24Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN menyatakan terdapat tiga kuarters di Sarawak yang telah ditamatkan PKPD.

Antaranya adalah PKPD di Kuarters Pekerja KL Engineering Sdn. Bhd, Bintulu; Kuarters Pekerja Parasmak Plywood Sdn. Bhd, Bintulu dan Kuarters Pekerja Stonehead Quarry Sdn. Bhd, Tatau.

Suara Sarawak