Lima kawasan PKPD baharu di Sarawak

KUCHING: Sebanyak lima lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu di daerah Bintulu, Tatau dan Simunjan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan Kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dan bilik sewa atas Kedai Six Two Street, No 14 Columbia Shop House bermula 8 hingga 21 Ogos ini.

Selain itu ialah Rh. Ngumbang Anak Ajum, Nanga Sidang dan Rh. Kilut Anak Along, Sungai Selitut, Jalan Tatau- Bintulu bermula 8 hingga 21 Ogos ini.

“Kampung Blau di Simunjan pula diletakkan di bawah PKPD mulai 10 Ogos sehingga 23 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN berkata PKPD di Kampung Tanjung Tuang akan dilanjutkan bermula 10 hingga 23 Ogos ini.

Sementara, katanya lapan lokaliti ditamatkan PKPD iaitu di Rh. Jamu, Peligong, Sebetan, Saratok; Rh. Pantan, Ulu Senulau, Saratok; Rumah Suring Anak Jelian, Sg. Bain, Tinjar, Beluru; SK. Sg. Bain, Tinjar, Beluru.

Selain itu di Rumah Sewa Segala, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Bilik Sewa (atas kedai Car Wash), Bintulu; Kampung Kanchong Baru, Gedong, Simunjan dan Kampung Semera Hilir, Semera Masjid, Semera Lot dan Semera Hulu, Sadong Jaya.

Suara Sarawak