Lori tangki bawa 8,000 liter diesel seludup ditahan

MIRI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Miri menahan sebuah lori tangki membawa 8,000 liter diesel dipercayai diseludup di Jalan Miri-Bintulu, pada Sabtu lalu.

Turut ditangkap dalam Op Kontraban itu ialah pemandu lori tangki terbabit, yang merupakan lelaki tempatan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori tangki tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran membawa, memiliki atau menyimpan barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pemandu lori tangki terbabit dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata PPM dalam kenyataan hari ini.

Katanya kesemua barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.

Suara Sarawak