‘No dine-in’ di Zon Selatan Sarawak selama satu minggu

KUCHING: Sarawak menguat kuasa larangan makan dan minum dalam kedai selama satu minggu, bermula 22 hingga 29 Ogos ini, susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia hanya melibatkan Zon Selatan iaitu Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

“Selain itu, dalam tempoh yang sama masa operasi perniagaan dipendekkan dari 5.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.

“Manakala individu atau kumpulan individu juga tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 10.00 malam tanpa alasan yang munasabah,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Suara Sarawak