Padah curi bateri lori

MIRI: Tiga lelaki termasuk seorang warga Filipina ditahan kerana disyaki mencuri dua buah bateri bernilai RM800 dari sebuah lori yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Lorong Baleh, Taman Tunku di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata ketiga-tiga suspek berusia 27, 32 dan 45 tahun ditahan sekitar jam 10.50 malam semalam di sebuah rumah di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri.

“Tangkapan dibuat selepas pemilik lori berusia 57 tahun membuat laporan polis setelah menyedari bateri lorinya hilang pada Rabu lalu sekitar jam 5.30 pagi,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek akan ditahan direman untuk siasatan lanjut.

Suara Sarawak