Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan tindakan terbaik, fokus perangi Covid-19

MUKAH:  Pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan perlembagaan.

Adun Daro, Safiee Ahmad berkata, pelantikan Perdana Menteri merupakan tindakan terbaik buat masa ini dalam menyelesaikan kemelut politik supaya fokus utama untuk menangani wabak Covid 19 dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Ini kerana katanya, untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) adalah tidak sesuai dalam situasi negara yang masih bergelut dengan wabak Covid-19.

“Seperti yang kita tahu, Ismail Sabri telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Pertahanan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

” Beliau terlibat secara langsung dalam usaha menangani wabak Covid-19 sebelum ini,  pengalaman serta kreadibiliti beliau amat relevan dan diperlukan dalam situasi semasa yang kita hadapi sekarang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berpendapat,  negara kini memerlukan kestabilan politik agar kepimpinan negara dapat difokus kepada usaha menangani Covid-19 serta memulihkan ekonomi negara.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak