Pertempuran Taliban dan tentera Afghanistan: India bawa keluar warga negaranya

NEW DELHI: India membawa keluar diplomat dan warga negaranya dari Mazar-i-Sharif, kota terbesar di utara Afghanistan, di tengah-tengah peningkatan pertempuran antara pasukan Taliban dan tentera Afghanistan di wilayah itu.

Konsulat India di Mazar-i-Sharif meminta semua warga India di dalam dan di sekitar bandar untuk meninggalkan bandar itu dengan penerbangan yang menuju ke New Delhi pada malam ini.

“Difahamkan, pesawat khas Angkatan Udara India akan membawa keluar kakitangan (konsulat India) dan juga warga negara India dari bandar keempat terbesar di Afghanistan,” lapor agensi berita PTI.

Pemindahan berlaku kerana beberapa bandar di wilayah itu telah ditawan oleh pemberontak Taliban.

India bulan lalu mengeluarkan puluhan diplomat dan anggota keselamatan dari konsulatnya di selatan Kandahar. – BERNAMA

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak