Sarawak rekod 1,206 kes positif Covid-19 dengan empat kematian

KUCHING: Kes positif Covid-19 harian di Sarawak terus menunjukkan peningkatan apabila sejumlah 1,206 kes dikesan di negeri ini, hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 92,016 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 1,198 atau 99.59 peratus daripada kes hari ini adalah daripada kategori 1 dan 2, manakala satu kes kategori 3, tiga kes kategori 4 dan satu kes kategori 5.

“Daerah Kuching merekodkan jumlah kes positif harian tertinggi dengan 291 kes, diikuti oleh Serian (183), Samarahan (126), Bau (88), Simunjan (83), Lundu (66), Belaga (46), Bintulu (38), Tatau (37), Asajaya (37), Pusa (32), Sibu (31), Mukah (21), Kanowit (20) dan Selangau (15).

“Selain itu, Tebedu (12), Subis (12), Sri Aman (10), Dalat (10), Saratok (8), Betong (6), Miri (5), Kapit (5), Julau (5), Lubok Antu (4), Song (4), Meradong (3), Beluru (2) dan satu kes masing-masing di Sarikei, Kabong, Lawas, Daro, Sebauh dan Telang Usan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan terdapat empat kes kematiah baharu akibat Covid-19 hari ini yang melibatkan tiga lelaki rakyat Sarawak di Kuching dan seorang lelaki rakyat Sarawak di Tatau.

Suara Sarawak