Satu kluster baharu libatkan komuniti dikesan di Selangau

KUCHING: Satu lagi kluster melibatkan komuniti dikesan di Sarawak hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut JPBN, ia merupakan Kluster Sungai Serindak di Selangau dengan melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di kilometer 98, Jalan Sibu-Bintulu.

“Sebanyak 35 orang telah disaring, 19 daripadanya didapati positif, manakala 16 individu dikesan negatif,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN berkata sebanyak tiga kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Nyelutong di Betong, Kluster Jalan Sagang di Bau dan Kluster 35 di Bintulu.

“Ini menjadikan keseluruhan 83 kluster masih aktif di negeri ini dengan 11 daripada merekodkan sebanyak 60 penambahan kes baharu,” ujarnya.

Suara Sarawak