SOP PPN sedia ada di Sarawak masih berkuat kuasa

KUCHING: Garis panduan (SOP) Pelan Pemulihan Nasional (PPN) sedia ada masih lagi berkuat kuasa di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyatakan bahawa ia berkuat kuasa sehingga SOP Fasa 3 PPN bagi Sarawak diwartakan.

“Hari ini, kerajaan Sarawak telah diberi pengiktirafan untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

“Walaubagaimanpun, orang ramai diingatkan bahawa SOP sedia ada masih berkuat kuasa sehingga SOP Fasa 3 PPN bagi Sarawak telah diwartakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak