Sukma Johor: Setahun tanpa sebarang aksi

KUCHING: Musibah pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini nyata memberi impak yang cukup hebat terhadap kem kriket Sukma Sarawak.
Ini kerana, selain latihan harian pemain yang agak terhad dengan menggunakan pendekatan secara dalam talian.

Anak-anak buah Pramuka Liwanage (ketua jurulatih) yang lebih setahun tidak merasai sebarang perlawanan, sama ada berstauts persahabatan mahupun kompetitif.

Penolong jurulatih skuad kriket Sukma Sarawak, Chew Pok Cheong memberitahu, memang perubahan situasi semasa negara ketika ini turut mengheret impak luar jangkaan terhadap persiapan pasukan.

“Kita tidak dapat melihat prestasi sebenar pemain dalam pasukan ini. Mereka hanya berlatih di rumah yang dilaksana secara maya setiap hari.

“Ia lebih kepada pergerakan fizikal sahaja namun kemahiran agak jauh berkurangan,” ujar Cheong kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak