Tiga kuarters pekerja antara lokaliti dikenakan PKPD

KUCHING: Enam lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 5 hingga 21 Ogos ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia melibatkan tiga kuarters pekerja, dua rumah panjang dan sebuah perkampungan masing-masing di Daerah Sebauh, Bintulu, Lundu dan Sri Aman.

“Kuarters Pekerja di Estet Sungai Kubud, Ladang Keresa di Sebauh dikenakan PKPD dari 5 hingga 18 Ogos ini, Rh. Pilit, Kampung Kaong Ulu, Undop di Sri Aman (8 hingga 21 Ogos), manakala Kampung Sebat Melayu, Kampung Sebat Baru, Kampung Temaga Melayu dan Kampung Tanah Hitam Sematan di (7 hingga 20 Ogos).

“Sementara di Bintulu, ia melibatkan Rumah Engkabang Anak Angang, KM23 Jalan Bintulu Miri; Kuarters Pekerja Hock Peng Realty dan Kuarters Pekerja Sim Swee Joo, Jln Sg. Nyigu bermula 6 hinga 19 Ogos,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBN berkata dua lagi lokaliti dilanjutkan PKPD iaitu Blok Penempatan Banduan, Penjara Pusat Miri (7 hingga 17 Ogos) dan Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2 Dalat (8 hingga 14 Ogos).

“PKPD di Rh. Gimang, Jalan Kwong Ming Minah Sarikei pula ditamatkan hari ini,” ujarnya.

Suara Sarawak