Tujuh kluster baharu di Sarawak

KUCHING: Tujuh kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini iaitu kesemuanya di Daerah Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata enam daripadanya adalah kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

“Bagi kluster dalam komuniti, kluster yang dikesan adalah Kluster Kampung Bintawa Tengah ; Kluster Kampung Bunuk ; Kluster Kampung Haji Baki ; Kluster Kampung Semban ; Kluster Kampung Bintawa Hilir dan Kluster Kampung Jawa.

“Manakala kluster yang melibatkan tempat kerja adalah Kluster Jalan Airport, Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata sebanyak dua kluster ditamatkan iaitu Kluster Gran Stumbin, Sri Aman dan Kluster Lorong 3 Kampung Siol Kandis, Kuching kerana tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

Manakala, katanya Sarawak kini mempunyai 89 kluster aktif diikuti 10 kluster masih mempunyai penambahan kes baharu dan 79 kluster lagi tiada penambahan kes baharu.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak