Tujuh lagi kawasan dikenakan PKPD

KUCHING: Tujuh lagi kawasan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan daerah Subis, Lubok Antu, Sri Aman dan Kabong.

Katanya, Rumah Angut anak Anding, Ulu Keriok, Niah di daerah Subis diletakkan di bawah PKPD bermula 3 hingga 17 Ogos ini.

“Manakala Rh. Gindy, Nyemungan, Lubok Antu dikenakan PKPD bermula 4 hingga 17 Ogos ini,” katanya.

Tambah JPBN, empat kawasan di Daerah Sri Aman iaitu Rh. Gunong, Kampung Samak, Undop; Rh. Lansam anak Kubu, Kampung Kandis Asal, Pantu; Rh. Laham anak Mada, Kampung Bangkong Engkabang, Pantu dan Rh. Igoh anak Atut, Kampung Selanjan Jalong, Pantu diletakkan di bawah PKPD mulai 5 Ogos sehingga 18 Ogos 2021.

“Di Kampung Sessang, Kabong, dikenakan PKPD untuk tempoh 5 hingga 19 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN menyatakan terdapat dua lokaliti di Sarawak yang telah ditamatkan PKPD, hari ini.

Antaranya adalah PKPD di Rh. Lanchum, Kampung Tenggang, Pantu, Sri Aman dan Kuarters Pekerja, Ladang Suajaya Crop Mahir Sdn Bhd, Tatau.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak