Tujuh lagi kluster baharu diisytihar di Sarawak, 89 kluster aktif

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini mengisytiharkan tujuh kluster baharu melibatkan komuniti, tempat kerja dan institusi di Sarawak.

Menurut JPBN, empat kluster komuniti yang diisytiharkan melibatkan Daerah Kuching dan Lundu, kluster tempat kerja dikesan di Tatau dan Sibu, manakala kluster institusi penjagaan warga emas juga di Kuching.

“Di Kuching, ia adalah Kluster Lorong Merbau, Kluster Kampung Pulo Ulu, Kluster Taman Malihah dan Kluster Jalan Stutong Baru.

“Kluster baharu yang lain adalah adalah Kluster Kampung Pandan di Lundu, Kluster Jalan Buan di Tatau dan Kluster Jalan Ding Lik Kwong Dua di Sibu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu katanya, Kluster Kilometer 23 Jalan Puncak Borneo, Kuching telah diisytiharkan tamat dan sejumlah 89 kluster masih aktif setakat ini.

JPBN turut memberitahu satu lokaliti di Bintulu iaitu Kuarters Pekerja Nam Joon Trading diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 7 hingga 20 Ogos ini.

“Selain itu, empat rumah panjang, iaitu Rh. Peter Mudai, Sungai Sian, Bintangor (Meradong), Rh. Wat Jikang (Julau), Rh. Mulok, Klua Krian (Saratok) dan Rumah Jelaping Anak Sumok, KM 22 Jalan Tatau/Sangan (Tatau) tamat PKPD, hari ini,” jelasnya.

Suara Sarawak