Wangian Sugarbomb sumber rezeki

KUCHING: Meskipun masih melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ruth Rawlins 21 tetap menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Beliau yang merupakan pelajar diploma di Institut Kemahiran Yahos School of Skills itu berkata, minat mendalam terhadap bidang itu, merupakan pendorong utama untuk terus bertahan dalam perniagaan wangi Sugarbomb yang diusahakan.

“Saya mula melibatkan diri sebagai ejen wangian Sugarbomb sekitar 1 Januari lalu di bawah seliaan Prisca, Team Chaiyok Squad.

“Sokongan dan semangat yang diberi keluarga terdekat juga merupakan salah satu inspirasi saya untuk kekal positif dalam perniagaan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut beliau, usia muda bukan penghalang untuk mencipta cita-cita besar dalam dunia perniagaan satu hari nanti. Ruth berkata, selain berhasrat menjadi super stokis di kawasan MJC Batu Kawa, beliau juga menanam cita-cita menjadi seorang ketua yang hebat bagi ahli pasukan di bawahnya.

“Disebabkan saya masih bergelar pelajar, pembagian masa untuk menghadiri kelas dan berniaga perlu disusun sebaiknya agar tidak bercanggah.

“Biasanya saya akan mengikuti kelas pada waktu siang, manakala pada sebelah malam pula saya luangkannya dengan aktiviti bimbingan bersama-sama ketua pasukan untuk proses penambahbaikan prestasi dalam berniaga,” katanya lagi.

Menurut beliau, peluang seperti ini perlu direbut oleh semua golongan muda kerana ia bukan sahaja dapat memberi pulangan lumayan, malah memberi kesan yang positif kepada belia pada masa kini.

“Buat masa ini, saya memang menggunakan platform media sosial untuk meneruskan promosi dan jualan kepada pelanggan.

“Saya tidak memerlukan modal yang banyak untuk menyertai perniagaan ini, malah akan menyediakan bekalan secukupnya dari ketua untuk tempahan yang diminta oleh pelanggan,” kata Ruth lagi.

Beliau berkata, sambutan pelanggan terhadap produk jualannya tetap memberangsangkan.

“Meskipun keadaan negara masih belum stabil akibat wabak yang melanda, namun saya bersyukur kerana perjalanan perniagaan yang saya jalankan tetap berjalan dengan baik berpandukan garis panduan yang ditetapkan.

“Setakat ini, pelanggan saya memang terdiri daripada masyarakat di seluruh Sarawak dengan mengenakan caj hantaran bergantung dengan lokasi kediaman mereka,” katanya lagi.

Mengulas keistimewaan produk jualannya, Ruth menjelaskan bahawa wangian Sugarbomb bukan sahaja berbau harum, malah mempunyai pelbagai perisa mengikut cita rasa pelanggan.

“Saya beroperasi setiap hari dengan mengurus tempahan yang diminta oleh pelanggan seperti biasa. “Saya juga kini mempunyai anak-anak didik di bawah seliaan saya, yang perlu diurus dari segi menjalankan promosi dan mendapat pelanggan untuk perniagaan ini,” katanya.

Beliau berharap perniagaan yang dijalankan ini dapat menjadi sumber inspirasi golongan muda yang lain untuk terus maju ke hadapan dalam kehidupan mereka.

“Saya sangat berharap agar usaha ini tidak sia-sia, malah membuahkan kejayaan yang besar kepada diri dan keluarga saya kelak.

“Dengan langkah kecil yang saya mulakan ini, saya berharap ia dapat menjadi batu loncatan untuk memperluas bidang perniagaan yang saya ceburi,” katanya lagi.

Bagi pelanggan yang berminat atau menggemari produk wangian Sugarbomb di kawasan Kuching, mereka boleh layari laman Facebook saya Ruth Rawlins atau hubungi saya di talian 012- 8864904 untuk maklumat lanjut.

Suara Sarawak