170 keluarga terjejas akibat Covid-19 terima bantuan bakul makanan

BINTULU: Persatuan Teochew Bintulu hari ini mengagihkan bakul makanan kepada komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pengerusinya Sim Siang Boo berkata, selain kaum Teochew, bantuan turut diagihkan kepada keluarga memerlukan di sekitar Bintulu.

Menurutnya, bantuan itu merupakan inisiatif pihaknya dalam membantu ahlinya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Lebih 170 isi rumah di sekitar Bintulu mendapat manfaat daripada bantuan itu melalui Persatuan Teochew Malaysia.

“Pihak persatuan berharap dengan adanya bantuan ini,, ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung ahli-ahli termasuk golongan sasar”, katanya semasa menyampaikan bakul makanan, petang semalam.

Sim turut merakamkan terima kasih kepada pihak Singapore Teochew Poit Ip Huay Kuan atas bantuan dan sokongan kewangan yang diberikan.

 

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak